Pelakon Vanidah Imran punyai cara sendiri untuk memantau kegiatan anak-anak di media sosial.

Kata Vanidah, dia akui perlu tegas dalam memastikan anak-anaknya tidak terikut-ikut dengan budaya remaja Barat.

"Selagi duduk sebumbung dengan saya, mereka harus benarkan saya memantau semua laman sosial yang mereka ada.

"Ya, saya follow Instagram mereka dan kalau mereka block saya, senang saja, lebih baik mereka delete sahaja akaun itu," katanya.

Namun, Vanidah akui dia harus terbuka dalam mendidik anak-anaknya dan memberikan kepercayaan untuk mereka menggunakan media sosial.

"Dunia sekarang di hujung jari, apa sahaja yang mereka mahu mudah sahaja untuk diakses.

"Jadi saya perlu terbuka dan menjelaskan apa yang mereka perlu tahu, apa yang betul apa yang salah," tambahnya.

Pelakon filem The Red Kebaya itu dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran, 17, dan Maryam Rashika, 14, menerusi perkahwinan dengan aktor Rashidi Ishak.

Vanidah ditemui pada majlis sidang media Football Fanatix Run @ Shah Alam sempena FIFA World CUp 2018 di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi acara itu yang bakal berlangsung pada 6 Julai depan, Vanidah akan turut serta menerusi acara larian sebelum menyaksikan perlawanan akhir FIFA World Cup 2018.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @vanidah_imran