Abang Long Fadil 2

Abang Long Fadil 2

PEMBUNUH UPAHAN & KONGSI GELAP DIKEHENDAKI

Pihak polis kini sedang memburu seorang lelaki bersenjata dan merbahaya yang dikatakan telah menembak mati isteri kepada Ketua Mafia iaitu King Kong. Menurut polis, wanita tersebut yang berumur dalam lingkungan 40-an itu telah ditembak di kepala dalam sebuah hotel dikawasan Jalan Tun Razak pada jam 10.30 malam, hari Khamis. Mangsa mati di tempat kejadian.

Penembak berkenaan yang dikenalpasti sebagai Fadil, 33 tahun kini masih bebas. Pihak polis mencari dengan teliti Fadil di seluruh kawasan berhampiran tempat kejadian dan penduduk diarahkan untuk berlindung dikawasan yang selamat selama beberapa jam. Arahan berkenaan berkuatkuasa dari jam 11.00 malam hingga 5.00 pagi esoknya.

"Kami menganggap individu tersebut bersenjata dan sangat merbahaya," kata Inspektor Wahab.

Pasukan polis kini sedang giat mencari di seluruh sekitar kawasan. Inspektor Wahab turut menggesa semua penduduk sekitar agar tidak keluar rumah dan tidak membuka pintu untuk sesiapa sahaja yang tidak kenali. Menurut polis, mereka telah menambah pasukan rondaan tambahan di kawasan kejiranan. Fadil berketinggian 5'8 ", kali terakhir dilihat berpakaian hitam, memakai topeng dan bertali leher merah.

Baru - baru ini Polis telah menjumpai mayat seorang wanita, 40 tahun. Beliau telah di bunuh didalam sebuah hotel oleh Fadil. Namun, Dia mengaku tidak bersalah dan akan mencari #SIAPAYANGBUAT semua ini.

Jika anda yakin Fadil tidak bersalah, Jom bantu Fadhil dalam kes ini dan dedahkan #SIAPAYANGBUAT. Satu-satunya petunjuk mengenai pembunuhan tersebut adalah rakaman suara sulit dan nota yang dijumpai dalam tas tangan mangsa.

Misi anda jika anda menyahut cabaran ini, adalah menguraikan mesej tersembunyi yang berpotensi mendedahkan pembunuh sebenar di sebalik kejadian ini sekaligus menyelesaikan kes ini.

JOM #SkuadFadil !!

MULA SEKARANG